Saturday, March 20, 2010

warkah kepada pencinta wedding photography dan HDR

heheh.. macam biasa.. setelah aku membuat blog walking, aku tertarik pada blog daripada http://www.fendyzaidan.com/ . ternyata ia membuka pikiran aku yang sempit. aku menyokong 80% daripada sindiran2 dan apa yang ditulis olehnya. selebihnya aku kurang sket menerima apa yang ditulisnya. memang banyak yang boleh dilakukan dengan fotografi. tetapi sekiranya kita terlalu anti dengan gaya atau genre dalam fotografi ni, kita jugak yg rugi. ye dok. kita xleh nk bereksperimen dan xberkembanglah hasil fotografi kita. apa yang aku mrepek ni? bacalah apa yang ditulisnya ya anak2...


1. Kenapa Aku Anti WEDDING PHOTOGRAPHER…?

Baik, masa yang dinanti sudah tiba. Aku akan menjadi target kutukan wedding photographer Malaysia dengan banyak sekali. Tetapi aku tak rasa semua akan terasa hasil entri ni kali ni, kerana aku tujukan entri ni kepada photog spesifik dan memang tepat lah kalau ada yang terasa macam dikeji dan dihina dan diperlekeh-lekehkan. Tapi ini semua demi kepentingan bersama dan menghapuskan trend semasa yang amat menjengkelkan. Boleh?

Wedding Photography juga telah menjadi satu trend di masa kini. Ramai photog dan bukan photog berebut memiliki DSLR dan mencuba nasib dalam bidang ini sebagai sumber pendapatan. Ini harus dipandang dari pelbagai sudut, baik dan buruknya. Yang baiknya, berjaya menarik minat lebih ramai kepada photografi, buruknya, akan ada hasil hasil kerja sampah yang berlambak di market tetapi dicharge dengan harga mengarut.

Pertama sekali, aku ingin nyatakan di sini adalah bukan semua Tukang Ambil Gambar Majlis Kahwin aku anti. Terdapat beberapa orang atau kumpulan yang telah menjadikan wedding photography sebagai trademark hasil kerja kreatif diaorang. Dan aku hormati usaha menjadi master dalam bidang ini. Nama-nama orang ini tak perlulah disebut, kerana pemilihan mereka juga subjektif kepada mata si pemerhati.

Aku akan terangkan kenapa aku anti kebanyakan Wedding Photog masa kini yang terikut trend popular dan membangga diri…

SHOT/ANGLE YANG REPETITIVE DAN TIDAK ORIGINAL.
Ya. Mereka mereka ini kebanyakannya tiada originaliti. Meniru dan mengulang shot-shot yang sampai muak dah nak tengok. Kononnya ia adalah shot mesti dan harus. Mereka ingin tampil kreatif dan hebat, tetapi kelesuan idea itu buatkan gambar mereka semakin tidak menarik. Contoh shot, adalah mengambil wajah pengantin perempuan dari cermin solek. Huhu. tengok lah, berlambak orang melakukannya. Satu lagi adalah shot dimana pengantin form bentuk love dengan gabungan kedua-dua tangan masing-masing bertemu. Adeh. Cukup?

Ada beberapa perkara boleh dilihat di sini. Thema, lokasi dan masa. Outdoor shooting mungkin, atau reception perkahwinan tersebut yang lebih memerlukan candid shots dari arrange compose shots. Arranged compose shots lebih sesuai ketika dibuat outdoor shoot atau indoor yang diatur. Bukan ketika majlis sedang berlangsung. Candid is the way to go bagi aku.

PROSES MENGEDIT YANG NTAH APA-APA.
Ya. Mereka ini juga kadang-kadang kurang arif dengan ilmu post processing. Kadang-kadang White Balance pun ada yang tidak betul. Ada juga gambar menjadi overedited atau tersalah tone warna malah banyak juga yang memerlukan color correction. Penggunaan typo yang bukan-bukan pada setiap gambar, editing yang bukan-bukan dengan penindanan layer yang salah penggunaannya. Oh, jangan kasik aku mula bercakap tentang mengedit gambar kepada HDR ala-ala DaveHill-ish. Mengarut. Sangat-sangat.

Aku mengkagumi mereka-mereka yang mengambil shot majlis reception menggunakan hitam putih yang amat simple tetapi nampak banyak effort untuk di execute. Aku gemar tengok gambar-gambar yang sekeping-sekepingnya diedit dengan teliti dan diberikan setiap satunya sentuhan peribadi pengedit gambar agar hasil yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik dan menepati bayaran yang diterima.

DENGAN DSLR, MENGGELARKAN DIRI MEREKA PROFESSIONAL.
Come on. Kamu tidak professional selagi kamu tidak melakukannya sepenuh masa dan sepenuh hati. Kerja untuk mencari “side income” adalah mengarut. Hasil mereka kebanyakannya seperti hentam keromoh. Asal ada gambar, asal ada hasil. Bagi aku, biarkan kerja-kerja bernilai professional kepada professional. Jangan kamu mengambil tawaran bayaran professional, tetapi kerja seperti amateur menggunakan compact digicam. Berlaku adil dengan pelanggan. Ini soal rezeki halal haram tahu? Satu lagi jangan berlagak, terutama sekali yang ada kumpulan ni. Jangan berlagak dengan otai-otai yang menegur. Terima teguran dan belajar dari kesilapan sebagai amateur berkamera mahal berhasil cabuk. Ada faham?

NILAI PERKHIDMATAN BAYARAN YANG MENGARUT.
RM2000 untuk shot yang amateur yang boleh dicapai dengan compact digicam? Semahal itu untuk gambar -gambar yang tersalah tone, white balance tak betul, out of focus, candid tah hapa hapa, dan mereka mengecas bayaran yang melampau pelik dan tak masuk akal. Aku dapat tengok quotation price dan hasil-hasil kerja mereka di kebanyakan fotopages. Kalau mahu jadi kaya cepat pun, biar kerja tu halal dan setimpal dengan hasil. Jangan cekik tengkuk pelanggan yang rata-rata tak tahu apa-apa. Faham? Jika harga Kancil, Kancil lah. Harga Subaru Imprenza, Imprenza lah jawabnya.

Aku bercakap dari sudut pemerhati. Aku pun tidak pernah atau mahu mencuba menjadi wedding photographer. Kerja komersial bukan untuk aku semestinya. Tapi kadang-kadang, untuk kawan-kawan, aku lakukan dengan free tanpa charge. Itupun banyak yang aku kurang puas hati dengan hasil. Reception orang, kenangan orang. Tak berani aku tawarkan yang tidak boleh aku berikan.

Aku tak rasa, entri kali ni pedas sangat. Just to point out a few flaws yang aku tengok dari sudut pencinta photografi. Bukan? Jadi kita semua boleh amik ikhtibar.

Selepas ini tentu susah aku nak cari wedding photog untuk reception aku…

Esok saja…

http://www.fendyzaidan.com/kenapa-aku-anti-wedding-photographer/




2. Fhotografi: Kenapa Aku Benci HDR?

Semua orang di sini tahu, terutamanya yang mengenali aku secara rapat, yang aku membenci HDR sampai mati. Apa itu HDR?

“… is a set of techniques that allows a greater dynamic range of exposures (the range of values between light and dark areas) than normal digital imaging techniques. The intention of HDRI is to accurately represent the wide range of intensity levels found in real scenes ranging from direct sunlight to shadows.”

Ok. Aku tak membenci teknik HDR itu sendiri, banyak gambar panorama dan landskap menggunakan HDR ini tersangatlah perfek dan estetikanya mengkagumkan. Langit jadi dramatik, scene-scene alam jadi begitu memegunkan.

Tetapi aku membenci HDR atas sebab lain. Sehingga kadang-kadang aku bila aku terselak gambar yang diedit ke HDR, aku jadik hilang selera ,sambil jelir lidah dan kadangkala berkata “WTF! Baghal!”.

Kenapa?

Ya, HDR punya pelbagai subteknik untuk dipergunakan atas berbagai keadaan. Untuk pemandangan, untuk subjek objek pegun, untuk manusia juga. Ya, aku telah sedar kehadiran tren HDR dalam editing gambar photographer kita pada hari ini. Ya, ada yang hebat, ada yang cantik, dan ada yang baru nak naik. Tetapi ada juga yang terus menggunakan teknik ini, hingga membuatkan aku anti HDR!

Guna HDR pada subjek manusia tidak salah. There’s a few technique yang baik untuk digunakan. Tetapi masalahnya, mengaplikasikan HDR kepada semua gambar, tidak kira gambar apa pun, dan mengeditnya dengan nilai-nilai yang terlalu ekstrim, hingga ada kadang-kadang gambar jadi caca merba, dan noobie noobie pula puji puji cakap elok. Dan noobie noobie ini, di kemudian hari pun akan edit gambar orang dgn HDR yang melampau, dan meneruskan rantai editing HDR yang salah dan riak ini. Proses ini akan berulang hingga banyaklah manusia manusia gila editing HDR ini.

Lalu lahirlah generasi yang suka edit semua jenis gambar kepada HDR yang ntah hapa hapa hasilnya. Tidaklah lawa banyak pun, cuma syok sendiri. Dan aku pun terserempaklah hasil hasil kerja ini dalam internet dan terus berkata…

“WTF! Baghal!,” sambil jelir lidah tanda jijik dan memualkan…

Itulah ceritanya kenapa aku membenci HDR seumur hidup ku.

HDR patut digunakan secara betul, bukan digunakan hentam keromoh ikut suka hati mak bapak korang. Dan jangan ingat sebab korang boleh main photomatix ciplak, sesuka hati je korang fikir korang dah hebat. Takde maknanya edit gila gila kalau gambar asal, macam haram jadah komposisinya.

Ada aku tengok orang ambil gambar wedding pakai HDR technic, tapi editing dia lawa je, Sebab dia tahu tak perlu lebih lebih kerana teknik tu sendiri akan bantu dia. Ini tidak, manusia riak takbur ada photomatix ciplak ni, ingat HDR diaorang buat tu bagus la. Sedangkan, budak budak sekolah darjah tiga pun (baca budak budak tak pandai photografi) boleh main level-level dalam photomatix tu. Takyah sesusah. Kan?

Pendek kata, teknik yang ada, guna sebaik mungkin. Kalau nak syok sendiri, tahan la sikit bila aku kutuk. Sebab memang aku benci HDR sampai mati.

Ingat, HDR itu seni digital. Dah la pakai DSLR digital, tak feel la. Sangat tak feel. Aku lebih suka gambar yang diedit secara minima, tetapi punya penceritaan yang mendalam.

Puas?

Simbah aku dengan minyak tanah dan bakar…

http://www.fendyzaidan.com/fhotografi-kenapa-aku-benci-hdr/


huhuhu.. ini memang kerja aku iaitu mengambil hasil tulisan org dan komen2.. mampos la hg nak ckp pe? so.. rasionalnya kat sni.. hg pk la sndri..

Sunday, January 3, 2010

rantai 'idealist' - a review

Rantai telah diadakan pada 18-20 december 2009 telah diadakan di Red Bungalow around KLCC. so.. i am participate in this exhibiton. dgn berbekal 1je artwork iaitu x lain dan x bukan gmba 'joker' tu lah telah memberi sedikit smgt pada aku utk wat artwork yg seterusnya. supposed masuk 2 artwork. satu artwork lg asemblaj kapal terbang aku. tp payah nk bwak. so.. aku x bwakla. painting aku pon aku anta guna courier. nothing much to say utk rantai kali ni. membosankan. huhu. sia2 je aku masuk sbb rantai makin lama makin boring. x ramai yg nk anta artwork. tp xpelah. pengalaman kan. but for sure aku xnk dah masuk lg. sbb payah nk anta n payah nkbwak balik artwork. huhu. pengisian aktiviti rantai kali ni x brapa best. hmm lagi satu xde lagi free gig yg best gla mcm 2 tahun sblm ni. yeke aku pn lupa. hanya ada acoustic show. nama2 besar mcm bangkit, pipit,eightyfourcube n mcm2 lg pon xmasuk kali ni. agaknya depa tggu urbanscape kot. huhu. bwah red bungalow tu ada painting n atas ada jual buku n photography. tu je la kot. xde pape yg best sgt. ow ya.. masa tu aku lupa nk bwak duit lebey. kalo x bole beli lomo. wuu. xpelah. nnti2 je la. ;)

Saturday, January 2, 2010

rock the world 9 - a review

halo n hi.. its been a while huh. lama x tuleh blog. sbb aku malas.. ni xde keje ni aku tuleh r. so.. rtw9.. hmm what can i say huh. dr apa yg aku lihat, its totally sucks la. worst rtw ever. bg aku xde sapa2 yg salah sbb kuasa tuhan yg maha esa nk bg hujan dat time kot. fat boys sbg organiser tlah wat yg terbaik. walopon hujan amatlah lebat ptg tu n tpaksa stop jup n menyebabkan schedule band nk perform dah lari tp mereka ttp nk bagi semua band main. so.. belah mlm event ni telah berlaku sdikit pertukaran strategi dgn stiap band kna main 2 lagu je drpd 5. (5 ke? eh. yela kot)

so... masa aku mula2 smpai bukit jalil nek lrt nmpakla dr lrt tu btapa hebatnya rtw kali ini yg spatutnya dlu wat kt sunway lagoon. 3 stages n its wow. xdpt nk aku ckp. rtw9 is exactly the same concept with rtw7. i have the same feeling btapa panasnya suasana rtw9 ni. sbaik aku smpai kt bukit jalil 1st skali mmgla aku akan cari entrance nk masuk. secondly aku tgk cuaca yg bole aku ckp bestla. nmpak mcm hujan tp x. mendung n sejuk je. security yg check tiket masa aku nk masuk ckp 'baek je kan arini. sejuk je. angin sepoi2 bahasa je'. well apa yg aku tgk rtw9 kali ni nmpak teratur n sume yg kita nk dlm tmpt event ni sume ada. tmasukla 3 jamban yg kecik(kna tmbah lg ni. x ckup) n gerai2 jual air n mkn bnyk just like rtw8. rtw7 gerai mkn bole aku ckp xde lgsung kot. ntah aku pon lupa. tp apa yg aku fikir dlm pala hotak aku adalah what will happen kalo hujan. mesti booth2 sponsor akan diserbukan nnti kalo hujan. so.. 1st show aku tgk aritu adalah opening band yg aku pon xtaw nama dia kt main stage. pastu kugiran di tepi pantai perform. aku pon tataw band ni. tp merekalah yg paling aku suka skali. walopon hnya main lagu cover tp mereka dpt menambat hati crowd. starting dgn lagu muse crowd mula mosh n layan. pastu lagu p ramlee dgn lagu bunyi gitar. instrumental je tp layaaan. huhu. pastu ada lagila lagu lama2 depa main. the beatles pon ada gak dgn lagu i wanna hold ur hands. best siot. next up is band metal. aku x brapa gemar band ni n aku bredar ke indie stage. bnyk jgak bnd aku tatawu. n yg paling best kat indie stage yg aku tgk je la kan ialah free love. band from ipoh yg aku suka. huhu. sume sing along tmasukla aku smbil mnari n amek gmbar. bestlah. huhu. pastu aku tgk robot asmara. best gak depa nih. n mata aku tertumpu kt vocalist dia. okla... hehehe. tgk her b**bs. ;P n pastu aku tgk bassist dia. mmg power maen dgn showmanship dia. poweeer. huhu. pastu ada la lg some of the bands aku tgk n aku lupa. tgk kt stage satu lagi apa nama stage tah. best gakla.. band pn aku tataw. haha. tp best n starting from dat hujan mula turun. tp x lebat sgt. so aku mula g kat booth TM utk berteduh smbil dgr org busking. best gak lagu depa main. rasanya org2 kt CM gak kot. n after dat hujan pon brenti jup. n aku jalan2 lg pusing2 kt rtw tu tgk stage mana best. aku pon lupa band apa yg perform sbb xde bnd yg aku minat sgt. aku tgk langit lg. mcm nk hujan balik n mmg nk hujan pn. xde apa sgt show band yg aku tgk ptg tu n dlm pala ni hnya memikirkan hujan yg akan turun. at this time mmglebat selebat-lebatnya hujan turun. org berasak2 g kat booth2 sponsor utk berteduh. mmg pack gilala kt booth2 tu. rosak sume meja krusi sume. sian depa. haha. apa yg best masa ni ialah dpt berhimpit dgn awek2. hehe. n yg x best bau yg amat mengasyikkan n ada lak org smoking. da tawu pack nk smoke lg. owh... aku nk oksigen! paham x!!! disebabkan lama sgt hujan ni n crowd pon da xtahan nk tgk band2 perform, so depa angkat khemah2/booth kt dpan stage. mmg bnyk ah dpn stage dgn khemah. haha. hancur rtw kali ni. aku rasa organiser kna boh khemah tmbahanla utk crowd berteduh next time x pon jual baju hujan. band2 pon x main masa tu. hujan lebat sgt2. takut ada amp n menda2 elektrik yg rosak. so.. pastu hujan pon da renyai2. band start main dgn the times. org sume da dpn stage n mnari n mosh. mmg band nilah dinantikan oleh crowd. pastu monoloque lak. aku mengharapkn depa perform best tp aku pon x paham lagu depa. hehe. layan je la. pastu aku pon lupa spa yg perform sbb aku kuar masa tu. g cari tandas n makan. lgpon hujan. so rlx2 je la kt luar.
mlm menjelma. hujan pon da stop. kdengaran mc mula riuh rendah. aku pon masuk balik. next band x silap aku pop shuvit. intro depa da mmg gempak dgn bunyi echo/delay mic yg cambest. then mula depa start main. havoc habisla walopon aku xsuka sgt layan je. da sume dok mosh aku pon moshla dipinggiran crowd. mula2 mcm nk masuk tgh tp depa ganas sgt. lg pon aku bwak kmera. so tepi suda. cr awek mana2 then lompat2 dgn mereka. haha. pastu yuna kot. tgk yuna sume crowd meleleh dgn alunan suara dia. so crowd hanya dok statik. huhu. pastu aku pon lupa. ow ya aku menantikan love me butch selepas seven collar t-shirt perform. ntahla men blasah je tuleh sbb aku da lupa sapa perform dlu. love me butch was awesome! tp i dun noe why crowd x mosh. mcm kaku. tp depa maen best gla. 1 lagu baru n 1 lagi lagu reconcile. but part yg x best ialah syarul kna baling ngn objek. aaa apa tah nama dia alaaa yg tapak tgk oren yg besar tu yg TM punya tu.. pape je la. huhu. tu ah x best. pastu aku tgk syarul mcm saket hati dgn screaming gila2 msa nyanyi lagu reconcile n masa habis lagu tu he supposed tu baling baju free kat crowd dgn happy tp aku tgk dia baling dgn penuh rasa sakit hati. yelakan kna baling. adeh. aku hanya mampu ternganga. pahtu pure vibracion lak kot. sume crowd mula menari. n apa yang wat aku terngaga lagi adalah amy search tiba2 dtg dr backstge n nyanyi n menari with them. itu hadiah pure vibracion kot kpd crowd. huhu. x kurang hebatnya ngn meet uncle hussein. disebabkan da lama aku x tgk depa perform n aku kurang minat sgt aku turut ternganga tgk depa perform. bestlah. layan je. huhu. 2 voc baru iaitu black mentor n sorang lagi aku xtaw. dua2 ada suara sama mcm lan. depa mcm drama king lak mlm tu. huhu. hg tgk hg taw la kan. aku tataw nk ckp cmne. haha. aku turut terkejut dgn bittersweet. wheres pijie n hafiz huh? pijie digantikan dgn voc dance to the radio n hafiz digantikan dgn spa tah aku x knal. dr mula lg aku da dpt taw yg zairi xdpt sound yg dia nk bg gitar dia. i mean balance sound gitar dia la. sbb dr nk start lagu dia asyik suruh org betulkan sound gtar dia. n bila mean, gtar dia terlalu kuat. smpai aku pon x paham lagu depa. xclear sgt. aku pon tatawla cmne depa balancekan bunyi n aku tataw lgsung pasal bunyi2 ni. aku blasah je. haha. tp tulah jadinya. xbest. xdgr sgt apa yg depa main. dahla lagu baru. crowd tgk je lah. huhuh. pastu pesawat lak. crowd enjoy smpai mintak satu lagu lg. tp x boleh. crew2 rtw cpt2 utk ciapkan band seterusnya iaitu bunkface. mereka adalah band last n band yg dinantikan crowd. 1st lagu mestila lagu bunk anthem. crowd pn moshla n tibanya lagu kedua. aku jadi pelik. nape tetiba lighting set kt stage padam. ada main light je. aku ingat depa nk wat gimik ke apa. rupa2nya mmg mcm xde letrik. tp ada letrik. ahh xpaham aku. sbbnya speaker x bebunyi. yg bebunyi hanyalah amp utk band n monitor depa. so its like bunkface jam sendri2. crow mula tunjuk tgn yg menandakan x dgr. sume jerit x dengar. tp bunkface tetap main. yelakan da org bayar utk main xkan x main kan. so depa ttp main lagu revolusi. letrik kna cut x silap aku tepat pada pukul 12. kna cut la kot. aku pon tatawu. crowd yg dok2 depan dgr la apa yg bunkface main. bolela depa mosh sket2 n bodysurfing skali. tp yg dok blakang ni xdgrla. so ramai yg blah awal. tu yg sedih tu. adehhh.. ending supposed to be havoc la kan tp cmnilak jdnye. nak wat guanoo. hmm2.. kalo org luar tgk concert malaysia yg paling besar ni jd cmni mesti malu kan..

overall aku tgk rtw9 serba kucar kacir. i dun blame anyone. like i said kuasa tuhan kan nk hujan. crowd pon letih mlm tu sbb tu la mosh n mnari pon kurang. lgpon depa da letih mosh ptg tu sbb band hardcore n metal main petang. depa pon da hilang energy kot termasukla aku. huhu. next time aku harap pihak organiser dpt pertingktkn sound system. n aku cdangkan next rtw supaya ada 2 stage je 1 stage for hardcore n metal pastu 1 stage lagi utk bnd yg slain genre tu. so.. no jgnlah 1je main stage. bg ada 2 main stage. so org xla pening nak terkejar2 cari band yg depa suka n takut terlepas. mmg da terang2 2 theme/genre yg berbeza iaitu muzik keras kt stage tu n yg x keras in the other stage. aku ni pon da terlepas nk tgk bo, the otherside orchestra n some more bands perform. 3 stages. bnyak tuu.. 2 sudah memadai bagi aku. tatawla pulak hgpa. huhu. slain tuh aku harap organiser watla tmpat nk kuar besar sket. ni kecik je. masalahla bila da abes show sume. org nk kuar pon payah. jamban pon kna tmbah bnyak lagi. khemah utk berteduh pon kna wat next time. kalo xnk wat khemah jualla baju hujan. last skali mc jgnla mcm lebey2 sgt i mean jgn ckp maen lepas je. jaga hati crowd la beb. hmm aku harap next rtw will be better. cheers!

Tuesday, June 9, 2009

SUKA2 ACOUSTIC SHOW

kami mencari band, single performer, atau sesiapa sahaja yang
ingin turut serta bagi mejayakan 'suka2 acoustic show'

'suka2 acoustic show' berkonsepkan santai dan objektifnya
hanyalah untuk berkumpul bersama untuk merapatkan silaturrahim, mencungkil bakat2
warga KSAH, dan bertukar-tukar pendapat mengenai muzik.

'suka2 acoustic show' terbuka kepada semua warga KSAH.

x perlu bayar pape kalo nk join.

'suka2 acoustic show' akan diadakan pada 24 julai 2008,
pukul 9mlm - 11mlm, bertempat di sebelah Ruang Legar,
dihadapan library, sebelah kedai Cek Yah.
(tarikh, masa dan tempat akan diconfirm lagi nanti)

lagu yang ingin disampaikan adalah bebas dari segi
genre atau bahasa.

jumlah lagu adalah dalam 3 hingga 5 lagu

set 'suka2 acoustic show' akan disediakan seperti :
- 2 amp
- 2 speaker
- 1 bass guitar
- percussion (snare & crash)
- 3 guitar cabel
- 1 or 3 mic
- 1 or 3 mic stand
- lighting set (2 spotlight)
# ACOUSTIC GUITAR & ACOUSTIC GUITAR PICK-UP
DISEDIAKAN SENDIRI OLEH PERFORMER
(kalo xde acoustic guitar pinjam2 le kat sapa2 n pick-up bli la
kt CS or Sze Chan ke. rm15 je kot. anyway kami tryla jugak
carik pick-up utk performer2 nanti. kalo kami x sediakan
jgn mara yerk. kalo da malas sgt nk bli pick-up guna gitar letrik
pon bole.

performer sila datang 30 minit awal pada hari show berkenaan
untuk bersedia dan membuat undian untuk confirm sapa
yg perform 1st dan seterusnya.
KERJASAMA AMATLAH DIHARAPKAN.

10 cabutan bertuah

minuman free untuk semua

kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai
'suka2 acoustic show' sila sediakan butir-butir berkenaan :
- Nama band atau performer
- Phone no.
- jumlah ahli
- jumlah lagu
- tajuk lagu : sila confirmkan lagu2 yg dipilih dan informkan
kepada kami menerusi skype or email or phone selewat-lewatnya
seminggu sebelum hari show berkenaan bagi mengelakkan
performer main lagu yang sama dengan performer lain. lagu
yang dah confirm akan disiarkan di blog ini
rockaholicteacher.blogspot.com.

hantarkan butir-butir anda ke :
- email @ skype - ridzuan_jaafar@yahoo.com
- text or call - 017-5670172 (ridzuan), 013-4491575 (nasir)

sebarang pemberitahuan yang lain akan diupdate di
di blog ini rockaholicteacher.blogspot.com
(check2 la slalu ye)

Wednesday, May 27, 2009

lomography

wah lamanya x update. mana aci sume org update aku pon nak gak. tp aku maleh nk tuleh. copy n paste suday.. janji kita bersama mendapat ilmu dan keberkatan. ni brla nama dia blog bukan teloq. lets wock n woll.

Lomografi
Lomografi
adalah sebahagian dari fotografi, fotografi menggunakan sebuah kamera khusus yang disebut dengan kamera LOMO. LOMO adalah singkatan dari Leningradskoye Optiko-Mechanichesckoye Obyedinenie (Leningrad Optical Mechanical Amalgamation) merupakan sebuah syarikat lensa yang berada di St.Petersburg, Rusia; yang memprodukkan lensa untuk alat-alat kesihatan (seperti untuk lensa mikroskop), alat-alat persenjataan, dan lensa kamera. Walaupun lahir di Rusia, perkembangan kamera Lomo jauh lebih pesat di Austria. Di Austria perkembangan Lomografi sangatlah pesat karena lomografi merupakan suatu trademark komersil untuk produk-produk yang berkaitan dengan fotografi iaitu Lomographische AG(http://www.ulike.net/Lomographische_AG). Lomografi dapat kita sebut dengan seni kreatif murni kerana kita dapat memotret suatu objek dengan kamera manual yang sedia ada. Meskipun alat ini masih tergolong berteknologi sederhana, namun kita dapat menghasilkan foto yang unik dan berbeza dari foto pada umumnya.

Sejarah

Pada awalnya
Michail Panfilowitsch Panfilof, salah satu tokoh terpenting dalam LOMO Russian Arms and Optical, syarikat senjata dan alat-alat optik Uni Soviet, segera meneliti kamera yang diberikan oleh Jenderal Igor Petrowitsch Kornitzky, orang kepercayaan Menteri Pertahanan dan Industri Uni Soviet yang diketahui benda tersebut berasal dari Jepun. Setelah diteliti, keduanya sepakat kamera ini patut ditiru dan dikembangkan designnya. Dengan tujuan kamera tersebut dapat menjadi kebanggaan warga Uni Soviet. Maka pada tahun 1982 mereka membuat Lomo Compact Automat. Kamera jenis ini lebih dikenal dengan nama Lomo LC-A. Kamera tersebut diproduksi dengan cepat dan terjual habis. Penyebaran kamera lomo ini pun sampai Vietnam, Kuba dan Jerman Timur, sampai ke Laut Hitam. Namun berakhirnya era komunis menyebabkan Lomo lenyap. Pada tahun 1991, dua mahasiswa Vienna, Austria iaitu Matthias Fiegl dan Wolfgang Stranzinger menemukan kembali kehadiran Lomo LC-A di daratan Praha, Ceko. Kamera Lomo LC-A yang mereka jumpai itu betul-betul tak terurus. Kotor dan kusam,dan baterinya perlu diimport dari Asia. Antara tahun 1992 – 1993, menjadi waktu penting atas kebangkitan Lomografi. Matthias Fiegl dan Wolfgang Stranzinger segera pergi berkeliling dunia. Dengan gigih keduanya mengajak teman, kerabat, bahkan orang yang tak mereka kenal untuk mencuba Lomo. Sampai akhirnya, mereka mendirikan club pencinta Lomo iaitu The Lomographic Society (Lomographische Gesellschaft) di Vienna. Pada 1994, Pameran Lomografi pertama kali di gelar di Moskow, Rusia dan New York, Amerika Syarikat.


Lomografer & Perkembangannnya

Lomografer
adalah sebuah sebutan untuk pengguna kamera Lomo dan juga untuk orang-orang yang menyukai Lomografi. Matthias Fiegl dan Wolfgang Stranzinger merupakan dua mahasiswa Austria yang dengan gigih memperkenalkan dan mengajak kerabat dan bahkan orang yang tak mereka kenal untuk mencuba Lomo, sehingga lama-kelamaan semakin banyak orang yang ingin menggunakan kamera Lomo. Sampai akhirnya mereka mendirikan club pencinta Lomo, The Lomographic Society (Lomographische Gesellschaft) di Vienna. Saat ini, club tersebut menampung lebih dari 500.000 pengguna setia Lomo, termasuk di Indonesia. Setelah beberapa pameran Lomo digelar, banyak orang yang semakin tertarik dan ikut menggunakan Lomo. Lomografi pun segera tersebar ke mana-mana. Saat ini, pengguna Lomo dapat ditemukan 60 lokasi dari lima benua dan kini telah terdapat 88 perkumpulan Lomo di seluruh dunia.


Teknik Lomografi

Lomografi adalah sebuah fenomena dalam fotografi. Lomografi melanggar segala aturan yang ada, meninggalkan aturan-aturan baku dalam fotografi. Lomografi memiliki banyak jenis kamera, tapi semuanya memiliki konsep yang sama, jangan pedulikan aturan. Sementara dalam fotografi konvensional, banyak aturan-aturan baku yang harus dipatuhi, seperti speed, shutter, dll. Lomo itu bebas kita dituntut untuk memotret dengan fun. Berbeza dengan kamera biasa seperti SLR yang memerlukan teknik-teknik tertentu, Lomo tekniknya itu bebas. Hasilnya sangat subjektif. Apa pun hasilnya, itulah Lomo. Orang tertarik ikut Lomo kerana tidak ada keterbatasan. Kita kadangkala boleh menekan lambat viewfinder atau apa sahaja kerana lomografi tiada batasan. Untuk sementara tinggalkan sejenak teori-teori fotografi dan mari kita mencuba menggunakan Lomografi. Hasil yang didapat juga tak pernah dijangka. Inilah bukti kamera boleh bekerja dengan cara yang berbeza. Inilah pemberontakan terhadap teknologi tinggi dan high definiton dalam fotografi.
Fotografi memang dapat menghasilkan foto yang bagus, sementara lomografi menghasilkan foto yang unik.

Saturday, May 9, 2009

THE OFFICIAL URBANSCAPES 2009 T-SHIRT CONTEST

THE OFFICIAL URBANSCAPES 2009 T-SHIRT CONTEST

Show off your creative powers! Send in your best designs and you could stand the chance to have your design chosen for the Urbanscapes' Official T-Shirt brought to you in collaboration with Badger Malaysia! The lucky winner will be entitled to:-

  • 2x Official Urbanscapes T-Shirts
  • A pair of Urbanscapes 2009 tickets worth Rm35 each
  • Credit mention as designer of the Official Urbanscapes T-Shirt
  • Exclusive bragging rights!
How to participate
  1. To enter the contest download the Urbanscapes logo here
  2. Incorporate the Urbanscapes logo within an A4-sized design.
  3. E-mail your AI-format T-shirt design in to participate@urbanscapes.com.my - together with your FULL NAME, ID NUMBER, CONTACT NUMBER, AGE and GENDER.

Hurry, contest ends 12mn, 18 May 2009!

Terms & Conditions

  • Contest is open to all.
  • The winner of this contest grants the right to Freeform to produce & sell T-shirts exclusively for the purposes of Urbanscapes 2009 promotions.
  • Only completed and valid entries will be accepted.
  • Multiple entries are allowed.

Friday, May 8, 2009

indie clothing yg da x rare

aku ckp pasal ni sbb aku sakit hati tgk design depa after depa add aku di mespes. so aku usha2 gakla apa yg best. rupa2nya x best. pergh.. mniru je keje. ada pulak design yg amek gmba dr tenet mana2 then boh label depa je kt tgh2. uwhh.. sucks dude. xde keje len ka? nk untung je. indie clothing skang da x rare cam dlu. idea2 org ataupun hak intelek org bnyk diciplak cam tu je. sakit hati je mata memandang. tiru sana tiru sini. kalo dlu idea bubuh tulisan mrepek2 kt depan mcm 'saya jiwa kacau' yg nmpak rare n hav its own idea da diciplak camtu je. siyes sakit hati beb. bila sorang kuar idea, yg len lak tiru2 kan. x best ah. yela aku tawu seni itu adalah peniruan (rujuk teori2 seni, aku blajaq seni la ngok. lupa je lama x bkk buku) tp pada2 r nk tiru pon kan. wat la menda lain pulak. ni untung je pe cer or bajet hg tu designer yg power r. haha. btul gak la ckp Anna dlu yang pnah menimbulkan kontroversi dengan hampir kesemua indie clothing label dengan mengeluarkan propagandanya. (propaganda tu apa.. haha)so ini la yang terjadinya dlu. hampir kecoh bulletin kt mespes dibuatnya. smua indie clothing label terasa giler dgn nate nih. aku sndrik siap copy lagi each words yg depa gadohkan kat bulletin. dlu aku da boh da kt blog. aku buang balik tp da sakit hati pnya pasal aku boh balik r. bukan apa. bukan nk gado tp just nk mengingatkan balik apa yg da jadi dan ikhtibarnya. chewah ayat. heheh. (btw Anna if u read this, sorry k. xde niat nk gado tp utk kita sume gak nk kualiti yg best2 kan. sorry again sbb guna ur propaganda n ur words kt bulletin dlu. just for nk amek ikhtibar ok. sorry2...)


*sue anna joe*
To all Malaysian designers / indie clothing labels / buyers

Hey everyone.

Some of you might have noticed the recent issue that a number of us has brought up, about our local 'indie clothing labels', yang macam cendawan sejak kebelakangan ni.

Mungkin, (oh btw, apologies to those who don't understand Malay!!). Mungkin terdapat sesetengah pihak terutamanya ahli clothing labels ni, yang tak berpuas hati dengan cara teguran kami.

Anna mintak maaf pada 'I Heart KL', 'Street Signal', 'Jiwa Kosong' & memana yang lain tu. Yeah, maybe agak terlalu kasar sindirin Anna dan kami yang lain2 terhadap design2 korang.

Anna terbuka untuk menerima sebarang respon dari korang, I would love to hear what you guys have to say on your behalf. Of course Anna ucapkan terima kasih because you guys actually put up the effort to come up with your own indie labels. Tapi kecewa tengok design yang tak seberapa, dan tak cukup strong concept yang cuba disampaikan melalui design korang.

Contohnya, guna ayat2 macam "Stupid dam dam you berak keluar ketam", lebih kurang cam tu, atau "Mak aku kata mak kau ronggeng". Yang bagus, korang design la gak font tu, nampak cantik, composition pon okay, tapi ayat yang digunakan tu agak meraban? I mean, meraban memang menarik, but come on, kenapa tak boleh come up with something yang lebih mencabar minda and tolonglah jangan guna perkataan seperti 'berak' atau yang kurang beradap macam 'mak kau'.

IT IS NOT COOL. Macam mana parents nak sokong anak2 mereka, or orang awam nak appreciate apa yang kita lakukan kalau baca slogan2 macam ni kat t-shirt. Kita dengan bangga pulak tu pakai!

Yeah, mungkin tak senang nak come up with dengan kata2 yang menarik dan mencabar minda. So kalau tak boleh, tak payah. Pikirkan design lain, come up with a better idea. Cuba main ngan unsur2 dan elemen grafik. Lagi bagus tak guna tulisan langsung. CABAR KREATIVITI KORANG!!!!!

And, now I HEART KL. Okay, memang menarik, kualiti printing dan tshirt produk ni memang bagus. TAPI, ni dah tiru bulat2 design I HEART NY.

You guys are designers!! Be innovative. And dont' say 'if the formula works, why change it?'. Kalau macam tu, sesapa pon boleh buat 'I HEART KL' dan kata macam tu jugak.

Cuba tengok ni http://www.threadless.com/product/1068/I_Love_Coffee

Submission design kat threadless.com. I heart coffee. Kalau korang perasan, heart tu, adalah sebenarnya cawan, dan diorang takda tulis coffee pon tapi digantikan dengan titisan air kopi. NOW THAT'S HOW A DESIGNER SHOULD THINK AND BE DESIGNING!!

Mungkin korang boleh ubah perkataan KL tu menyerupi KL twin towers ke. Or instead of KL, ganti je ngan twin towers. Come one guys, you have brains, use it!

Kalau korang nak anti Anna because of this pon, dipersilakan. Anna bukan nak menjatuhkan korang. But ni untuk bebudak lain nak buat clothing labels. Design tu kena ambik masa, pikir concept, pikir tema, pikir kenapa nak guna kaler merah ke hijau ke, kenapa nak guna font impact dan bukan times new roman. Semua tu penting!!

Korang tolong pergi ke threadless.com. Study design diorang, baca tajuk design tshirt diorang, dan kaitkan dengan grafik kat tshirt tu. Semua ada kaitian. Korang punya tshirt ada tajuk? Or adakah tajuk tshirt tu sama ngan tulisan kat tshirt u. If you answered YES, baik takyah.

Boleh katakan, hampir semua design kat sana takda pon tulis2 kata2 kat atas tshirt. Banyak bermain dengan grafik. Kalau korang tak mampu nak buat macam tu, tak payah! Tolonglah cabar minda korang tu sikit. Jangan pakai tibai je nak buat, guna brush sana sini, font sana sini, doodle tah apa apa, then hantar pergi print and jual! JANGAN JANGAN JANGAN.

Anggapkan tshirt tu satu seni. Satu design pon dah cukup, tak yah banyak2 asalkan design tu betul2 diteliti dan dipikir dan di design elok2. Berhari2 nak siap satu design pon takpa. Take your time. Jangan sebab nak jual kat art event, nak kena buat satu design cepat tuk jual. Kayuh perlahan-lahan.

Mungkin ada yang tanya, 'eleh cakap senang, asal ko tak wat design'. SEBAB Anna rasa Anna masih belum mampu come up with a design yang cukup bagus untuk dijual dan dipakai. Anna memang ada niat nak buat, tapi tunggulah, dan harap2 dapatlah buat design yang baik. Dan ini satu cabaran buat Anna sebab to come up with a good design, bukanlah mudah. Jadi, macam Anna cakap, kalau tak boleh. Tak payah.

Don't waste your money, or other peoples money. Kita dah ada peluang untuk design tshirt sendiri, gunakanlah peluang ni baik baik. TOLONGLAH korang.

Buat berkali kalinya, pergi ke threadless.com, tengoklah design diorang, betapa telitinya hasil diorang. BANDINGKAN dengan design bebudak clothing kita kat Malaysia ni.

Kita kena tingkatkan KUALITI dan bukan KUANTITI.

Dahla, takat ni je. Kalau Anna menyinggung mana2 pihak, Anna mintak banyak2 maaf. I'm just being honest. Kita kena cabar diri sendiri untuk buat lebih baik, kalau diorang boleh buat kenapa tak kita? Pikirkan tu! WHY NOT! Janganlah malas sangat, kena rajin sket bila design tu, kalau susah pon, teruskan, usahakan. Yakin boleh!

Yang ikhlas,
Sue Anna Joe.

p/s: kalau korang setuju, sila sebarkan bulletin ini pada rakan-rakan taulan.
p/s: kalau tak puas hati, silalah berbincang dengan saya
p/s: kalau benci, delete je saya dari friend list kamu

saya tetap sayangkan kamu semua. mwahs! ahax.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*i heart kl to sue anna joe*
To Sue Anna Joe... :)

U might don't now us... so... here's our side of the story... we're business graduates, so, we know deep about business... yes, u can sell artsy fartsy designs on t-shirt, we respect that, and we know the great feelings when u see someone wears your artwork (we just sold some hand painted tees today)... But, at the end of the day, what keeps u going... is money.... DOn't say that "we don't need money, bla bla bla".... coz, simply put, money is everything.... yes... money can't buy happiness... but, money can ENSURE happiness.... Disagree?... contact us!... So we heard u thought that we're 'budak2 baru nak up'... Hehehe... yeah, we're new.... but, we have started this thing waaayyyyyyy back in 2006.... not as long as Pop Malaya or Suicidal Cothing... but, yeah... longer than any of the newbies in the industry... Do u know how we sold the tee shirt initially?.... we wen't to places such as Bukit Bintang, bawak bundut, bukak kat depan Planet, pastu jual.... Kena halau Pak guard, DBKL, and polis.... If that's not indie or DIY, we don't know what is.... feel free to surf for blogs that featured about this... Maybe u thought that we're budak mentah because we only joined Myspace in August... and our first event was at Culturecite... And, it has been a roller coster ride ever since.... we met some good friends from the indie clothing lable scene... Yeah, u guys rock dudes!!!!.... Ayim, ko nampak jambu takde janggut doh!... And, the tee shirt is selling like hot cakes... People love it, so, we supply it.... basic economic theory... Supply and demand... if the people don't wanna buy it anymore, we'll stop!... takkan nak pakai sendiri 200 helai kot kan?.... About the design and formula thingie... Memang kalau the formula works, sume orang pon boleh terus print and jual... buatr lah!... pernah ke kitorang marah?.... Shut Up skateboard company buat lepas kitorang buat, pernah ke kitorang marah?.... cafepress buat, pernah ke kitorang maki?... Suicidal buat... DaYN siap beli lagi... Even ade satu lable baru ni, Berdiri Duduk nak buat, kitorang galakkan... As long as, font lain skit.... jgn bagi same.... mmg la hak korang nak pakai ape2 font, tapi, kitorang dah pakai dulu kan, so, agak2 aaahhh... kalau design korang kena ciplak, maraahhhh.... tak kisah la I Heart KL ke, KB ke, JB ke, tolong la pakai font lain.... as Sue Anna said la kan.... download la font yg beribu tu..... even original NY pon pakai font lain.... Yeah, we know, it's a rip off... we even admit it anytime anywhere.... But, hey, org suke kan, so, pegi mati lah... London ade, Hong Kong ade, Amsterdam ade.... tadi kat PWTC, I Heart PD pon ade siot!... nice work man!.... Giordano pon ade buat kan... MNG pon ade! Louis Vuitton pon ade!!!!... taknak pegi maki diorang?.... kenape?.... sebab diorang besar?... ke sebab kite same2 Melayu?... so berani la... Come on la... we're in the same scene... KL ni kecik je.... mane ade scene lain.... what u're doing, u're messing with people's periuk nasik... U have a big influence in the scene... people respect U... even WE respect U... nak tegur hari tu kat Bukit Kiara pon takut... So, whatever u say, people will listen and believe... By doing this, u're discouraging other emerging lables... Yeah, we know, somtimes crap appears... Mintak tunjuk ajar la, tanye kat mane nak beli t-shirt la... It's annoying.... when we started, we don't know anything... But we did our own research, and we turn out good... rase-rasenyelah kan.... Korang yg budak2 baru ni pon, jgnla camtu... seriously, alasan takde nak buat ape2 lepas SPM tu, takleh pakai la... buat sebab ade passion... and put in some commitment... what sue anna joe said was true... we need quality, not quantity... Yeah sue anna, we agree with u also... we don't want to be your enemy... But, u're biased also la... u said u want originality from us... jgn tiru orang... but u keep comparing with threadless.... kat situ takde pakai wordings la.... so what?... maybe itu akan jadi trademark scene Malaysia... Saya Jiwa Kosong?.... people like it.... people buy it.... they don't complain... it's simple, and nice.... Macam baju 'I;m with stupid' tu.... taknak condemn ke?.... Sebab designer die bukan Malaysian?... Kenape mesti macam tu eh?.... kalau mat saleh buat, tarahalllllll.... boleh gelak2... kalau Malaysian buat, terusssss kutuk... typical typical...

Perenggan baru pulak.... Yeah, some people can anggap tee-shirt is art... But, u have to remember, not all people is and artist like u and your propaganda friends... A business is a business... every business needs to have a market research, and R&D... That's what ABM is for... to help lables that are good and profit oriented... and know their market... yeah, art is good, art is fascinating.... But, some people just want simple designs... something that needs (theory that i created) a 5 seconds analysis theory.... Designs that doesn't take more than 5 seconds to be understood... We provide what the market wants.... wanna compare sales figure?.... heh heh heh.... It's nice though knowing that Zul is promoting ABM.... the people in the group are like minded people who have all the nescessary talents to be business people.... Ooooh yeah... about the bagi artist pakai baju tu.... ni kes Noh la ni... Wei, do u know the concept of endorsement and sponsorship?... Adidas, Nike, Quiksilver, Coke, gile banyak nak sebut... sume pon sponsor artist kan?... WOng lo keat pon sponsor si chef tu kan?... So, ape salahnye org indie lable kite?... itu strategy diorang la... Tgk macam jiwa Kosong.... lepas Noh pakai, beratus habis.... Die yg untung.... Noh pon dapat pakai baju free... kalau kite bising2, die gelakkkk je aahhhh.... tak gitu?.... as we said earlier.... at the end of the day, money matters... it's what keep u waking up in the morning, get up, and work... right?.... anda setuju?... tak?.... seriously?.... then message us... u got problem dude!.... Giler, orang pakai baju kitorang pegi gig pon kena marah.... sian diorang... dah beli baju, takleh pakai.... tapi mmg diorang cool pon... Thanks myspacers yg pakai baju kitorang weekend nih di PWTC!....

OK.... now we wanna create another issue.... Music... Band... Indie... haaaaaaaaaaaaa hehehehe... What about the quality of the bands nowadays..... kenape ada banyak band2 baru, dan some of them tak berkualiti.... haprak.... Jumping the bandwagon... nampak orang ade band, die pon nak ade band... adakah cool to be in a band?... What about quality?.... we need quality poeple!!!!! not quantity!!!!!!.... (serious kitorang akan kena hentam balik lepas ni kan heh heh heh)... But anyhow, kitorang dah lameeeee in the music scene... wayyyyyy back doh.... so seriously, don't undermine our opinions about u.....

So Sue Anna Joe, kitorang pon taknak bermusuhan.... kite gerak same2, pegang bendera yg same.... kenape nak berpuak2 kan?.... let's have coffe together... and yeah, we still respect u and like u... no harms done.... :)

P/S: This is our friend's message; "lazy people earn money, stupid people collect money, lazy+stupid people make money".... serious it wasn't us!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

To Sue Anna Joe from I Heart KL . (macam ni baru besssh!!)
Body: Hey, now this is what I'm talking about. :) Response dari I Heart KL. This is the way, everyone has their own story. In the end, it's all about understanding one another.

And with this response from them, I Heart KL, you have all my respect. I heart korang. mwahs!!

Okay, baca kat bawah ni, Anna paste.
----------
(mcm i heart kl ckp td kt atas)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*i heart kl to sue anna joe*
Final thoughts from I Heart KL

Dah dah... it's over... takde benda yg nak dibisingkan lagi from any sides.... Sue Anna, thanks for bringing this thing up... U made our eyes and people's eyes open... Thank you very much, we value that... It's bold of u to start it off, and u were rite one in most things... yeah, we need action like this to straighten up the industry... But maybe a bit too harsh and too public(?).... to us, it's bad PR and bad publicity... But anyways, we're cool with u yaw, rite from the start of this thing... I hope u're cool with us also... To other lables yg termakan cili, if u have something to say, say it quick.... Nak habis cepat... then, the public can weigh down all opinions... It's their right though.... and their opinions matters, coz they're the ones who's gonna buy our t-shirts...

So, indie lable guys, we believe Sue Anna has some good points for us to ponder... Respect her opinions as she's been in the scene long enough... And please please please, respect other lables that were formed longer than yours.... coz we can see that respect is lacking.... Time PWTC semalam, and any other event lah... Budak2 baru cam taknak datang tegur orang lain pon... especially non ABM... c'mon la... takkan bile nak push lable masuk ABM, baru nak memperkenalkan diri... ade tu siap lage2 kerusi lagi kat booth, tapi taknak tegur....

To some other people who fucked everybody in one of the comments, please tell us what is the real meaning of D.I.Y or indie... if u use the real word literally, it means self done kan?... pretty much like us kan?... indipendent clothing lable kan?... hmmm.... ni sume kes miscommunication and salah faham ni.... dah banyak issue pulak... that's okay... Listen up guys, this is our final words, if u start to have enemoes or haters, that means u're successful.... wahahaha.... (nak sedapkan hati)...

P/S: We Heart u Sue Anna Joe... and yes, we heart tetek also.... >;-)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*sue anna joe to i heart kl*
Masih ada rasa sayang. We're all in this together OK!!
Masih ada rasa sayang. We're all in this together ok!
Waduh,

Sungguh panas ini myspace ya? Ha ha. Sandiwara semasa. Anyways, kami suma sedang berdiskusi secara baik-baik, tiada persengketaan atau saling membenci, cuma terasa hati sana sini.

Kami suma, like a big family. Kritikan kami beri bukan maksud benci atau anti. Mostly because we care. Cara yang kasar, kejam? Mmm, yeah. Kami bukan nak suruh korang boikot, stop buying their products. If you like em, go ahead. Jangan kami menjadi penghalang, Anna pon tak suka nak jatuhkan bisnes orang. Dapat duit tu pon kat diorang bukan corporate company yang dah kaya raya.

Cuma, we're hoping that the quality of design akan lebih diteiti for future products. Anna akan terus menyokong label2 indie yang wujud, and memandangkan dah luahkan perasaan ni, next time, boleh berterus terang dan berikan pendapat. Terima atau tak, terpulang. Lagipun, benda visual adalah subjektif, cuma bila dah ada lebih dari sorang dua bersuara mengenai isu yang sama, there must be something wrong somewhere dan harus diambil perhatian.

As for the bands yang baru muncul (termasuk saya), dan bebudak yang into art & photography, duk bawak DSLR or lomo sana sini, pon harus jaga kualiti anda dan bukan kuantiti. Kita dah ambik remeh sebab mudah sangat nak buat band, nak amik gambar then edit2 sket. Because of the digital age.

Kalau dulu, nak promote band pon payah, kena betul2 power, usahakan untuk perform sana sini, nak distribute demo/ep/album pon agak leceh banding skang, myspace je, amp ke. Sangat mudah.

Gambar plak, mentang2 boleh delete. Suka suka snap, tanpa memikirkan betul2 dulu outcome yang nak. Dan kalau tak brapa elok pon boleh nak edit dalam Photoshop. Terlalu-lalu mudah.

Yang buat tshirt bertahun-tahu lepas, takdanya nak hantar kedai print. Suma masing2 betul D.I.Y, slikscreen. Buat pakai tangan. That's why satu2 design sangat berkualiti. Leceh dan makan masa nak buat.

Kita dah jadi malas. Suma nak buat pon dah senang skang. Don't take things for granted.

Cara Anna mungkin kasar, mungkin sebab terlalu passionate pasal benda ni jadik naik angin. And when I was a teenager, Anna tersangatlah 'wannabe'/'poseur'. Rasa cam nak lempang diri sendiri jek pikir2 balik.

Jadi Anna mintak maaf. Tapi, Anna dah tak mampu nak berdiam diri, asyik dok pendam, terus meletup. Huhuhu. So, sapa tak puas hati, jum settle luar, sambil layan teh tarik ke apa. O yeah.

Yang ikhlas,
Anna

p/s: kalau jumpa kat luar tu tegur2 la ye, anna ni blur sket kekadang tu, and sangatlah penyegan dan pemalu. bukan sombong taw. aww!


(SEMUA INI HANYA UNTUK MEMBERI KESEDARAN DAN UTK MEMBUKAK BIJIK MATA. X ADA SDIKIT PON RASA NAK BURUK2 MANA PEHAK. UNDERSTANGG!!)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

sbenanyakan dlu aku ada gak nk wat clothing label sendri n siap da design2 nye. tp aku nk come out dgn label aku sndri pon on dat time da x kna gaya da sbb kontroversi neh. brla timbul kesedaran dalam diri aku ni. huhu. so aku quit. nk blaja lagi design2 ni. tu 1st reason aku quit. 2nd bajet xde. 3rd kawan aku 'sham' jao sgt di kl n payah nk wat keje. lg pon kami 2 org je pon yg usahakan. payah beb. xde org.. so ni la fosil2 sejarah aku. haha. SOOO CIPLAKING.(hehe senangnya aku tuleh blog. amek apa yg org tuleh n comment2 sket. nk wat lg ah. hahaha)